Assalamualaikum...

Saya sungguh gembira dan bersyukur dengan kejayaan dan penerimaan pelanggan terhadap syarikat baru kami Sri Ayu Fine Gold Sdn Bhd. Ramai orang tertarik dengan pakej harga paling kompetetif yang kami tawarkan.

Emas & Perak

Saya sentiasa menyarankan kepada pelangan untuk memegang sekurang-kurangnya 10 % - 15 % pelaburan dalam bentuk emas fizikal, sama ada dalam bentuk Jongkong (Gold Bar), Syiling, atau Barang kemas. Kemerosotan nilai wang kertas (inflasi) yang berlaku di serata dunia pada hari ini seharusnya menjadi iktibar dan pedoman untuk menyimpan dan menambah simpanan emas kita.

Perlindungan Hebat

Saya percaya bahawa logam berharga (emas) dalam bentuk fizikal adalah polisi insuran yang paling hebat dalam dunia yang penuh cabaran ini. Tiada pelaburan lain yang mampu memberi tawaran yang sama dengannya disamping menolak risiko kejatuhan dari pelbagai sudut.

Ketidakstabilan Dunia

Saya menjangkakan harga emas dan perak akan meningkat lebih tinggi. Krisis kewangan yang dihadapi oleh negara-negara diseluruh dunia menyumbang kepada kenaikan harga emas. Contah Inflasi yang berlaku di U.S pada 2008 apabila Rizab Persekutuan U.S telah mencetak sebanyak trillion mata wang kertas US Dollar bagi menanggani krisis kewangan yang berlaku di Amerika. Ramai pemerhati beranggapan bahawa kuasa dunia itu sedang menuju kearah kebangkrupan. Ini bererti kadar inflasi akan menjadi satu sejarah baru.

Sri Ayu Fine Gold

Sri Ayu menawarkan Sri Ayu Gold Bar , Dinar Emas Mekah dan pelbagai jenis barang kemas pada harga yang paling kompetetif bagi memastikan pelanggan-pelanggan kami mendapat keuntungan menyimpan emas dalam tempoh masa yang minima.

Muhd Shakir

Pengarah.
Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd.